I'm Waiting You
The Author?



Nuyun Lee | 31 Julai 94 | Batu Pahat


I’ll never be perfect , you just have to accept the fact that I am who I am ツ




Status?

Long distance relationship teaches us that no matter how far we are apart, we will always stay close by heart
Daisypath Anniversary tickers

Money Box?





Kau rasa dia kawan ke ?
22 April 2015 | 23:24 | 0 BlackWhite

Kawan kita yang harini , kawan baik ke kawan rapat ke kawan kawan biasa ke? semua mereka yang dahulunya kita tak kenal langsung. ada yang kau baru kenal, kau tak rasa yang dia akan jadi kawan baik kau. Ada tu pulak kau baru je kenal terus rapat? Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ; apa yang jangka akan berlaku dalam persahabatan?

Pada kawan yang kau anggap biasa, kenal secara tak sengaja, jarang sekali berjumpa dan pada kawan yang kau anggap kawan baik. Bila takde.. kau cari. Masalah kau kongsi n kalau takde tak lengkap hidup sehari kau.

kawan yang dulu kau anggap biasa. Sekarang siapa dia pada kau? Masih kau rasa dia kawan yang biasa atau dia yang selalu ada bila kau perlu? Atau kau sendiri anggap dia seorang yang baik dengan cara layanan dia pada kau? Sedangkan sebelum ini takde pulak kau n dia nak ngaku kawan baik?

kawan yang dulu kau anggap baik? kawan baik. Masih kau rasa dia seorang kawan yang baik utk kau ? masih rapat macam dulu ke? Atau dia yang kau anggap baik, dah buat "taik". Dia yang kau anggap baik, susah senang bersama? Kau je yang berkongsi, kau je yang lebih lebih tapi ? anggap kau dah takde. Kalau ada? adalah. Kalau takde pun takpe :D

baguslah kalau kawan yang dulu kau anggap kawan biasa tapi kau rasa dia seorang kawan yang baik. Baguslah kalau kawan yang dulu kau anggap kawan baik sekarang kau dan dia masih rapat. Tapi kalau yang dulu kau anggap baik sekarang tak lagi, apa kau buat? Diam seribu bahasa? Tapi kau sakit hati wey dengan dia. Ke kau luahkan apa kau rasa? Apa yang kau tak puas hati? Macam mana kalau lepas kau luahkan, dia tarik muka? Jauhkan diri? Sedarlah weyh kau bukan kawan dia lagi. Mungkin dulu dia perlu kau sebab dia just nak dibantu jek.


Bagi aku, dengan apa yang aku dah lalui, Indah atau sebaliknya? Aku sayang weyh nak biarkan camtu je, Fikir balik apa yang kau dengan dia pernah berjanji, ingat balik pahit getir bersama. Jangan la jadi yang tak serupa bikin. Mesti kau sayang persahabatan tu.Ye!! Aku tahu..takkan takde orang yang pernah jadi kawan tak penah gaduh kan?

kalau kau taknak benda benda ini jadi, senang je, Masa mula jumpa, masa first time kenal hati budi, jangan nak senang sangat mengaku dia itu ini dengan kau. Sedangkan kawan yang bertahun - tahun pun, kau takpernah nak faham, Inikan pulak dia yang baru kenal sebulan dua. ehhh puihh !




Indahkan hidup dengan menjalankan persahabatan yang ikhlas. Takde hasad dengki. Cemburu buta tuli. Bila ada kawan yang berjaya, kita patut bangga weyh. Anggap semua macam family. Bila kau dah jauh dengan family, kawan kawan tu la family kau. So, jangan anggap persahabatan ini benda mudah. Jaga hati kawan, jaga dia bila dia tak mampu bangun. Buang semya hasad dengki n perasaan yang tak puas hati bila kau sayang persahabatan kau. Takkan bahagia bila kau mula rasa tak suka.Whatever pun, perginya dia meninggalkan kau, pasti ada yang lebih baik datang mengganti. Yang benar takkan pergi buat kau rasa takde siapa disisi kau. 

#loveyouSAHABAT   




Older Post | Newer Post