I'm Waiting You
The Author?



Nuyun Lee | 31 Julai 94 | Batu Pahat


I’ll never be perfect , you just have to accept the fact that I am who I am ツ




Status?

Long distance relationship teaches us that no matter how far we are apart, we will always stay close by heart
Daisypath Anniversary tickers

Money Box?





7 Cara Mengelakkan Perut Buncit
15 August 2013 | 04:58 | 0 BlackWhite




1. Sit-Ups.

Lakukan sit-ups setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur. Lakukan sekurang-kurang 10-15 minit. Untuk permulaan korang boleh lakukan hanya dalam 5 minit dan apabila sudah terbiasa, korang boleh lakukan sebanyak yang korang boleh.

2. Sarapan dengan Yogurt.
Pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika bersarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan cara ini ianya dapat mengurangkan berlakunya perut buncit. Korang tambahlah sedikit buah-buahan untuk membuatkan ianya rasa lebih lazat.

3. Minum jus limau sebelum bersarapan.
Sebaik-baiknya sebelum korang bersarapan, korang minumlah segelas jus limau. Jus limau dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan jugak asid yang terkandung dalam perut korang. Selain daripada jus limau korang boleh jugak menggunakan lemon atau pun epal hijau.

4. Jangan gelojoh ketika makan.
Korang kunyalah makanan dengan perlahan-lahan dan telah makanan apabila ianya sudah benar hancur. Bila korang telah makanan terlalu cepat, udara yang tertahan dan tersekat di dalam usus akan membentuk gas dan menyebabkan perut terasa kenyang. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul susah untuk dihadamkan dan terhasilnya gas yang menyebabkan berlakunya perut buncit.

5. Elakkan minum air sejuk ketika makan.
Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada korang. Sekiranya korang seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika korang mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

6. Berpuasa.
Berpuasa adalah salah satu cara paling berkesan untuk merehatkan dan melancarkan sistem penghadaman perut korang. Untuk yang beragama Islam, ianya tidak menjadi masalah, tetapi kepada yang bukan Islam korang hanya boleh berpuasa dengan mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan makan mengikut jaduah yang dah korang tetapkan.

7. Minum Air.

Sekiranya korang rasa perut korang kembung dipenuhi air yang berlebihan, korang boleh mengurangkan masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Why? Sebab pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.


Older Post | Newer Post