I'm Waiting You
The Author?



Nuyun Lee | 31 Julai 94 | Batu Pahat


I’ll never be perfect , you just have to accept the fact that I am who I am ツ




Status?

Long distance relationship teaches us that no matter how far we are apart, we will always stay close by heart
Daisypath Anniversary tickers

Money Box?





Cemburu ? Haruslahhh !
7 May 2012 | 20:19 | 0 BlackWhite
Sifat cemburu nie adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung ?

 Gambar ini teramat lah benar !


Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu , jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain.!! Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Jom Atasi Sifat Cemburu !!

Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.




Older Post | Newer Post