I'm Waiting You
The Author?



Nuyun Lee | 31 Julai 94 | Batu Pahat


I’ll never be perfect , you just have to accept the fact that I am who I am ツ




Status?

Long distance relationship teaches us that no matter how far we are apart, we will always stay close by heart
Daisypath Anniversary tickers

Money Box?





Peluang Kedua ?
24 February 2012 | 02:43 | 0 BlackWhite
Manusia , sifatnya tidak pernah sempurna ! Selalu saja lupa dan leka dengan kemahuan dunia . Tak lupa juga yang sering melupakan dan meninggalkan sesuatu yang berharga demi kepentingan lain . Sesetengahnya juga mengejar tanpa menoleh kebelakang yang pasti dalam genggamannya.

Manusia dilahirkan tidak sempurna dan tiada yang pernah terlepas daripada melakukan kesilapan . Tidak kira kesilapan itu sebesar debu mahupun sebesar gunung ! Kesilapan tidak pernah lari dengan hidup sinonimnya manusia . Tidak pernah sekali manusia dapat lari bebas dari melakukan semua kesilapan itu .

Manusia tidak sempurna sering diduga pelbagai ujian. Tidak kira seringan zarah mahupun seberat batu besar. Pasti ujian itu diberiNya untuk menguatkan lagi rohani mereka. Manusia tanpa ujian ibarat jasad tanpa nyawa. Nyaman dan tiada paradigma. Manusia ditiupkan ujian supaya dapat mentadbir akal dengan sewajarnya.

Manusia, sejauh mereka berjalan di bumi Tuhan , kesilapan dalam menangani ujian sentiasa di alami . Namun sejauh mana mereka tangani , hanya Dia dapat menilai !! Setiap ujian yang menimpa pasti ada dua keputusan yang dibuat. Keputusan yang betul atau kesilapan. Keputusan membantu membawa ke lorong benar manakala kesilapan adalah kesesatan yang diuji lagi dengan dugaan. Sama ada manusia sendiri dapat mengatasi atau sesat selamanya di dalam lorong kegelapan.


Setiap kesilapan pasti ada cara untuk memperbetulkannya. Jika kesilapan itu dijalan Tuhan, bersujud kepadaNya dan memohon keampunan itu jalan terbaik. Berdoalah diberikan Hidayah dan percaya ada hikmah di sebaliknya walaupun sentiasa dilanda duka.

Kesilapan kepada sesama manusia pasti juga ada cara untuk menyelesaikannya. Namun, perlu kita ingat , manusia lahir dalam keadaan yang cukup sempurna namun tidak sesempurnanya Yang Maha Pemaaf. Bersabarlah jika manusia perlukan masa untuk memaafkan.

Ingatlah bahawa, sekeras-keras hati yang ada, tidak pernah terlawan kerasnya batu.
Jika disakitkan hati sendiri, sudah pasti jawapannya sama. Maaf itu masih terkesan dek luka yang pernah kau lakukan. Berilah masa, InsyaAllah akan ada hati kecil walau sekecil kuman itu memaafkanmu. Berubahlah menjadi seorang yang lebih baik dan jangan di ulangi kesilapan dulu.

Semoga kau lebih tabah menghadapi masa depanmu dan jangan kau ulang kesilapan dulu. Ingat, kemaafan boleh diberi namun luka di hati mungkin sukar di sembuhi. Tidak ada peluang kedua, tidak bermakna hati masih berdendam. Teruskan hidupmu , jadilah lebih baik dari semalam dan berusahalah mencontohi hari ini supaya menjadi yang terbaik untuk masa depanmu.


Older Post | Newer Post