I'm Waiting You
The Author?



Nuyun Lee | 31 Julai 94 | Batu Pahat


I’ll never be perfect , you just have to accept the fact that I am who I am ツ




Status?

Long distance relationship teaches us that no matter how far we are apart, we will always stay close by heart
Daisypath Anniversary tickers

Money Box?





Bahagia tidak semestinya tidak menangis !
14 March 2012 | 18:00 | 0 BlackWhite
Lumrah orang bercinta , mesti kadang kadang ada salah faham , konflik sama ada besar atau kecil dan macam macam lagi kan?  Korang dan pasangan memang berkongsi cinta yang sama, berkongsi hati dan rasa yang sama, tapi korang berdua masing adalah dua orang yang berbeza kan ? Jadi tidak mustahil lah akan timbul salah faham dari segi pendapat, pandangan tentang sesuatu perkara dan cara pembawakan. Tapi itu semua tidak akan menjadi masalah sebenarnya jika masing masing ada sikap tolak ansur serta saling menerima apa adanya antara satu sama lain.Contoh, kalau pasangan korang buat silap, atau buat sesuatu yang korang tak suka, janganlah terus nak maki hamun atau marah marah. Tak boleh. Jaga hati dia. Marah macam mana pun kita, please… try to control yourself !!! 
Ingat , dia adalah lelaki/wanita yang korang cintai !


Kemudian, tangisan dan kecil hati mula timbul. Ini biasa. Bila seseorang itu menangis dalam alam percintaan mereka oleh kerana pergaduhan kecil atau salah faham, tidak bermakna dia tidak bahagia. Kita semua tahu, selepas sesuatu salah faham itu diselesaikan, hubungan korang dan pasangan akan bertambah bahagia, betul tak? Salah faham akan menguatkan lagi tahap saling faham memahami antara korang dan pasangan sekaligus akan menguatkan cinta korang. InsyaAllah, bila cukup duit cepat cepat ikat dengan ikatan pernikahan.

Apabila kita ada salah faham dengan pasangan kita, janganlah percaya pada kata kata orang lain. Minta pendapat boleh tapi jangan ikutkan sangat kata kata orang lain. Tenangkan diri dan muhasabah lah diri korang. Korang lah yang lebih mengetahui baik buruk pasangan korang, bukan orang lain. Walaupun rakan rapat korang sendiri. Bukan dia yang bercinta dengan pasangan korang, tetapi korang sendiri. Orang lain akan memberikan pandangan atas apa yang dia nampak secara kasar. Jadi, jika ada salah faham, selesaikannya dengan pasangan sendiri dan bukan mengadu kepada rakan lain especially yang berlainan jantina, sangat bahaya ok!


Kita semua berhak menjadi lebih baik dari hari ke hari. Di awal percintaan, mungkin kita kurang memahami pasangan kita. Tapi seiring masa berlalu, pasti banyak suka duka yang telah kita lalui bersamanya, yang menguatkan lagi cinta kita. Cinta itu ketawa dan airmata. Tapi air mata mengalir bukan bermakna kita tidak bahagia, cuma kadang kadang ia mengalir bila kita sedar betapa kita salah dan kurang dalam memahami si dia yang kita cintai. Oleh sebab itu didiklah diri supaya menerima kekurangan pasangan dengan seadanya. Cinta sejati itu tidak punya sebab dan syarat.


Older Post | Newer Post