I'm Waiting You
The Author?



Nuyun Lee | 31 Julai 94 | Batu Pahat


I’ll never be perfect , you just have to accept the fact that I am who I am ツ




Status?

Long distance relationship teaches us that no matter how far we are apart, we will always stay close by heart
Daisypath Anniversary tickers

Money Box?





Aku suka bila si DIA cemburu
20 February 2012 | 20:22 | 0 BlackWhite
Assalamualaikum !
hayy korang , lama da aku ta updated blog nie . . rindu pulak ! kali na share pasal CEMBURU !
 Kalau korang nak tahu Sifat cemburu nie adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. perkara nie memang tak boleh di elak la kan bila hidup berpasangan ,tu aku mengakui ..


Tanda-tanda seseorang tu Cemburu

 Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada...
 Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
 Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
 Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
 Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
 Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
 Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
 Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
 Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
 Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

 Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
 Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
 Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.
 Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain.!! Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.
 Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.



Jom Atasi Sifat Cemburu !!

  1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.
  2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.
  3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah ? Tidak tentu arah ? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.
  4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak . Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain ? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.


Older Post | Newer Post