I'm Waiting You
The Author?



Nuyun Lee | 31 Julai 94 | Batu Pahat


I’ll never be perfect , you just have to accept the fact that I am who I am ツ




Status?

Long distance relationship teaches us that no matter how far we are apart, we will always stay close by heart
Daisypath Anniversary tickers

Money Box?





Kesyukuran Apabila Menimpa Musibah
19 December 2011 | 12:16 | 0 BlackWhite

Siapa dalam dunia yang tak pernah rasa kecewa , mesti ada ! 
Bohong kalau ada orang yang gembira je sepanjang masa. 
Kecewa dengan hidup, kerja, diri sendiri dan orang lain. 
Bila kecewa kita biasanya akan selangi dengan
tangisan dan putus harapan. 
Kalau yang tak boleh kawal diri, kekecewaan akan melarat jadi teruk 
sampai berlakunya perkara yang memudaratkan diri sendiri
seperti bunuh diri contohnya !
cek nak habak sikit tentang kes kecewa tentang cinta ni . 
Seperti manusia manusia lain , sebelum mencapai kebahagiaan, 
sudah semestinya kita akan rasa kecewa dulu. Dalam ikatan cinta pun, 
biar saling mencintai, pasti ada sesuatu yang buat
kita rasa kecewa dan jauh hati. 
Tapi jangan lah leretkan rasa kecewa itu sampai memudaratkan hubungan. 
Masa tengah emosi semua benda boleh jadi. 
Jadi belajarlah control sikit emosi itu , jangan cepat baran sehingga 
keluarkan kata kata tak elok kepada pasangan !!
Kadang kadang dalam macam mana jaga pun , terkhilaf jugak ! 
Jadi cepat cepatlah mintak maaf, jangan ego. Belajar jadi kuat dalam hubungan cinta , 
InsyaAllah hubungan kita akan kekal sampai bila bila.
Jika kita kecewa dengan kehidupan pulak. 
Senang je nak muhasabah diri , renung diri sendiri dan orang yang lagi susah daripada kita. 
Imbas balik apa kurnia yang Allah beri pada kita. 
Kita sempurna, Allah beri kita akal dan fikiran yang baik, rezeki yang banyak, 
tapi adakah kita bersyukur? Sedih sedih jugak, kecewa kecewa jugak,
 tapi ingat lah Allah jugak. Dia pencipta kita. 
Dia yang mencipta sedih dan Dia juga yang mencipta bahagia.  
Kalau mahukan sesuatu, jangan berharap pada manusia,
tapi berharaplah pada Allah.
Hidup kita sepatutnya makin lama makin matang . 
Ujian yang datang pun makin lama makin hebat tapi kita juga akan jadi 
makin kuat dengan adanya setiap dugaan tu. 
Tempuhlah rasa kecewa kita terhadap sesuatu dengan tenang. 
Jangan kelam kabut, jangan emosi. Cari punca masalah dan
carilah jalan penyelesaiannya dengan baik. 
Jangan juga terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. 
Kita kan ada Allah. Jahat mana pun kita, cek percaya
Allah Maha Mendengar setiap keluhan yang dilalui hamba hambanya. 
Soal takdir kita, itu semua di tangan Allah. Tapi kan ada dalam Al Quran, 
Allah takkan mengubah nasib seseorang sehinga kita mengubah nasib kita sendiri. 
Jadi, lewati kekecewaan dengan doa dan usaha. 
Anggaplah kekecewaan itu sebagai ubat untuk kita rasa
bahagia di akhir masa nanti.
Kunci kebahagiaan dan ketenangan adalah redha dan ikhlas. 
Walau banyak masalah macam mana pun,
kalau kita hadapi dengan tenang, 
redha pada Allah dan ikhlas menjalani dugaan Allah,
mesti hati kita jadi tenang. 
Betul, tak caya sila cuba Bila ada masalah kan, 
tetapkan pada diri yang Allah itu Maha Mengetahui. 
Jangan merungut tapi letakkan dalam hati, bila Allah uji kita, 
tandanya Allah nak beri sesuatu yang lagi baik untuk kita. 
Dan lagi satu sentiasalah berfikiran positif. Apabila kita berfikiran positif, 
kita akan menarik aura aura positif untuk sama sama bergerak mengelilingi kita. 
Jangan pandang rendah pada kuasa berfikiran positif tau. 
Kalau korang amalkan selalu, hidup korang akan selalu positif. Percayalah !!

Belajarlah juga semai kata kata positif dalam otak kita
bila berlakunya sesuatu konflik. 
Contoh macam :
“takpe , dugaan ni sekejap je ! aku boleh harung semua ni” , 
“dugaan ni akan buat aku jadi lebih kuat”, 
“aku bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang
untuk hidup dalam dunia ni”, 
dan banyak lagi !!
Praktikkan banyak banyak kali, lepas tu datanglah
dugaan sebesar mana pun , 
InsyaAllah kita dapat hadapi nya dengan tenang.
cek cuma nak share dengan kawan kawan cek !
sebab dulu dulu hidup cek sangat down sebab 
terlalu berfikiran negatif dan dengar sangat cakap orang. 
Lepas tu , cek makin belajar untuk sayangi diri sendiri dan 
tak pandang rendah pada diri sendiri lagi !!!
Alhamdulillah, sekarang dah ada seseorang yang sayangkan cek 
dan treasure kelebihan yang pada cek ! 
Makin lama , hidup makin tenang dan bahagia
walaupun masalah datang !
Korang pun kalau ada masalah , jangan lah down sangat !
Doa banyak banyak pada Allah . 
InsyaAllah Allah pasti akan tolong kita.


Older Post | Newer Post